Want your
own Fotopage?






 
shaari's FotoPage

By: shaari ntqt

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Monday, 1-Jun-2009 16:37 Email | Share | | Bookmark
Kubu Middelburg

Kubu Middelburg
Tapak Kubu Middelburg ini adalah sebahagian daripada tapak Kota Kerajaan Melayu Melaka sekitar tahun 1400-1511 masihi. Berhampiran dengan tapak kubu ini adalah sebahagian dari bekas tapak Kota Melaka dan Istana Sultan Melayu Melaka yang dibina mengadap muara Sungai Melaka. Di kota inilah sebahagian besar daripada aktiviti pentadbiran dan pemantauan segala kapal dagang dan aktiviti pelayaran dan perdagangan dunia yang melalui Selat Melaka dikendalikan oleh kerajaan Melayu Melaka sehingga tahun 1511.
Kemusnahan Kota Kerajaan Melayu Melaka telah dibina semula oleh Portugis pada tahun 1512. Di atas runtuhan Kota Melayu yang asal inilah dibina semula Kota Melaka (Fortaleza de Malaca) oleh Portugis yang berteraskan kepada bentuk kota Portugis yang telah dibina di kebanyakkan penempatan utamanya di Asia dan Afrika. Kota Melaka yang baru dibina Portugis tersebut dilengkapi dengan pembinaan kubu-kubu pada setiap penjuru kota kecuali di tapak Kubu Middelburg yang mengadap ke Sungai Melaka.
Selepas Belanda berjaya menawan Melaka dengan pertolongan kerajaan Melayu Johor pada tahun 1641, kesemua nama kubu Portugis telah ditukar kepada nama Belanda. Pada tahun 1660 dan 1678 tembok Kota Melaka juga telah diperkukuhkan semula oleh Belanda malahan pihak Belanda telah menambah sebuah kubu yang baru yang dinamakan Middelburg.
Kubu Middelburg ini bukanlah sebuah kubu utama tetapi hanya separuh kubu. Oleh itu ukurannya lebih rendah daripada kubu utama yang lain. Middelburg hanya separuh kubu disebabkan ianya mengadap ke bandar Melaka dan jarang menerima serangan dari arah laut. Bagi memperkukuhkan pertahanan Kota Melaka dari kubu Middelburg, Belanda menempatkan pasukan tentera dan meriam yang menghala ke muara Sungai Melaka dan bandar Melaka.
Nama Kubu Middelburg mengambil sempena nama bandar Middelburg di Wilayah Zeeland, Belanda. Nama bandar ini diabadikan di Kota Melaka kerana sumbangan dana dan sahamnya yang besar dalam pembentukan Syarikat Hindia Timur Belanda (Verenigde Oost-Indische Compagnie) pada tahun 1602 (Rujukan Laporan Gabenor Balthasar Bort, 1678).
Penguasaan British ke atas Kota Melaka pada tahun 1807 menjadi titik mula kemusnahan kota ini. Sedikit demi sedikit kota ini telah dimusnahkan dan yang tinggal hanyalah salah satu pintu kota iaitu Porta de Santiago.
Jabatan Warisan Negara telah menjalankan penyelidikan ekskavasi arkeologi penyelamatan di tapak ini pada tahun 2006 hingga 2007. Struktur Kota Melaka berjaya dijumpai dan didedahkan dan pada tahun 2008, runtuhan Kubu Middelburg ini telah didirikan semula hasil kajian ekskavasi arkeologi, dokumen, laporan dan perbincangan dengan pelbagai pakar bidang arkeologi, sejarah, arkitek, geologi dan lain-lain dari dalam dan luar negara.

http://imageevent.com/jassabtr/kotamelakamiddelburg

Care to comment?


Thursday, 26-Mar-2009 07:45 Email | Share | | Bookmark
hatin penang

 
 
 
 
138 Jalan Hatin Penang
 
View all 31 photos...

Care to comment?


Tuesday, 16-Sep-2008 15:33 Email | Share | | Bookmark

 

Care to comment?


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.